NAK YANG MANA?
"Aku nak berubah, tapi orang macam tak support aku lah."
"Kawan-kawan aku ejek aku bila tengok aku pakai kopiah. Dia kata dah taubat, tapi nanti buat dosa semula."
"Drastik sangat perubahan aku, daripada free hair terus berniqab. Orang pun mula kutuk-kutuk."
"Aku malulah. Setiap kali aku nak buat baik, ada je suara sumbang mengejek."
"Orang tak puas hati dengan perubahan aku."
Dan banyak lagi contoh situasi bagi orang yang baru nak berubah. Dihentam dan terus dihentam.
Alaa chill lah beb.
Aku tak kata nak berubah tu senang. Payah wo!
*minum air seteguk dua*
Okey aku nak masuk bab imaginasi. Jom ikut.
Bayangkan, hidup di dunia ni sekejap saja. Tak lama. Contoh kita dah hidup dua puluh tahun, kita dah lalui macam-macam perkara sepanjang tempoh dua puluh tahun tersebut. Once malaikat maut tarik nyawa kita, kita akan rasa hidup ni sekejap. Malah, sangat singkat yang teramat sangat. Okey okey.
Kurang meyakinkanlah imaginasi aku ni.
Pernah tak bayangkan, malaikat maut tengah tunggu kita depan pintu bilik? Masa tu kita tengah sibuk online, gelak-gelak baca tweet mengarut, sambil dengar lagu-lagu yang gempak yang melekakan, layan video-video yang kurang memberi manfaat.
Tiba-tiba..
Jeng jeng jeng (bunyi saspens)
Pintu bilik diketuk.
Tok tok tok.
Kita menoleh ke arah pintu. Buat tak layan. Mungkin adik sengaja nak kacau ketenteraman saja. Atau mungkin khayalan semata. Kita sumbat semula earphone ke telinga. Volume dikuatkan, mendendangkan lagu yang membingitkan telinga. Hanyut dalam dunia maya seketika.
Sekali lagi.
Tok tok tok.
"Aduh, siapalah yang kacau aku ni?"
Bentak hati kecil. Segera kita bangun, meluru ke pintu. Dengan rasa marah akibat keseronokan alam maya terganggu, tombol pintu direntap kasar.
"Nak apa?!" Suara dibentak kasar.
"Nak nyawa kamu."
Suara itu menjawab.
Terbeliak biji mata, bila nampak malaikat maut yang menyapa.
Masa tu, haa nak buat apa? Nak suruh malaikat maut tunggu, sebab kita nak solat taubat? Tak sempat.
Tak sempat dah nak buat apa-apa. Masa tu kita akan rasa, dua puluh tahun yang kita rasa lama, sebenarnya sangat singkat. Sangat sangat singkat. Bila tiba hari kematian, baru rasa semuanya yang kita dah buat dalam hidup seperti satu pembaziran.
*betulkan spec*
Okey sekarang dah faham, maksud singkatnya hidup kita di dunia?
Masuk ke zon kedua perbincangan.
Aku, kau, dia, mereka, kita, kami, anda. Hidup kita tak selama yang kita sangka. Mati kita bila-bila.
Kita tahu mati itu pasti. Tapi kita tak yakin. Kan?
Kalau betul kita yakin, tahap apa keyakinan kita. Kita kata, ya aku bakal jenazah. Tapi persediaan kita? Macam tak ada. Masih bahagia dengan dunia, layan benda-benda lagha macam Allah tak murka, tinggalkan solat jadi perkara biasa, lewatkan solat boleh kata, "Chillex lah, belum habis waktu lagi." Felamaks!
Itu belum bab mengutuk mengumpat. Belum bab menipu dan mencuri. Belum bab tonton video lucah. Belum bab betepuk tampar dengan ajnabi. Belum bab tak baca doa lepas makan, doa bangun tidur, doa masuk tandas, hatta doa lepas solat pun kita malas!
*minum air*
Aku sakit tekak sebenarnya. Suara pun.. Peh, cun habis. Sekarang tengah musim demam.
Okey okey mengarut.
Sebenarnya kita nak yang mana?
Mulut kata, "Mestilah nak redha Allah!"
Hati kata, "Tapi aku sayangkan jahiliyah."
Mulut kata, "Jom kita sembah Allah."
Hati kata, "Alaa tak payahlah solat subuh berjemaah. Mengantuk kot."
Mulut kata, "Aku nak berubah."
Hati kata, "Alamak, mesti payah."
Kita nak yang mana?
Redha Allah dalam kebencian manusia. Atau redha manusia dalam kemurkaan Allah?
Nak syurga dunia dan neraka selamanya. Atau penjara dunia dan syurga selamanya?
Nak hidup bertuhan, mati beriman. Atau nak hidup dalam khayalan, mati dalam kekufuran?
Sama ada kau, aku, dia, mereka, awak, anda, kalian, kita, semuanya tak terlepas daripada ujian. Malah, ujian nafsu dan iman memang sentiasa jadi cabaran.
Jom bangun! Sama-sama jadi mukmin hebat. Pagi seperti singa di rimba, tak gentar walau berhadapan dengan berjuta musuh-musuh agama. Malam bagai rahib yang menangisi dosa-dosa, taubat dan keinsafan, menghabiskan waktu bersama Ar Rahman. Baru gempak!
Aku akui, jadi baik tak semudah jadi jahat. Nak lawan nafsu tak senang. Tapi nak masuk neraka memang kita tak akan mampu bertahan punya.
Cuba bayang, *keluar awan-awan dari kepala*
Kita terjun dari pokok rambutan ke tanah, di atas tanah tu ada paku. Kita lompat, directly kaki terpijak paku. Sakit tak? Konfem sakit jiddan lah kan? Kalau itu pun tak mampu tahan, apatah azab Allah yang lagi mengerikan? Sumpah aku tak berani nak rasa seksa neraka. Seksa kubur juga minta sangat dijauhkan.
Semoga kita semua tergolong sebagai manusia yang hidup dan mati dalam keimanan.
#Sources from Mato
AIDLFITRI
Assalamualaikum hi :)
Lamanya tak update blog ni. Aku ada sebab kenapa aku tak update for a very long time. First, sebab aku malas. Second, kakak-kakak and adik aku selalu mengganggu lol. Third, yeah again i'm too lazy to update. Okay whatever straight to the point. Hari ni first day raya kan? Alhamdulillah yeayy. Kita dapat jugak berjumpa dengan bulan Syawal tahun ni. Ramadhan? Ada yg suka, ada yg tak suka sambut Ramadhan. Letih, penat itu lah ini lah. Normal laa mcm tu kan? Okay takpa. Kuih raya? Wajiblah banyak gila kan? Tahun ni aku tak buat kuih raya pun. Semua mama dah order. Memang dah plan nak buat sendiri tahun ni tapi kami kesuntukan masa hekhek. Yalah, aku ni tiap-tiap hari kena stayback kat sekolah. Kelas tambahan, qiamulail, mcm-mcm aktiviti lah. Excellent student lah sangat haha. Pastu bila weekend kena pergi ambik kakak-kakak aku yg kat asrama nun jauh di sana. Kadang-kadang tu bukak puasa dalam kereta. Sangatlah tak gembira lol. Tapi kena bersyukur jugak lah, better than nothing. Aidilfitri tahun ni, tak semeriah tahun-tahun yg lepas. Knp? Entah lah. Mungkin sebab exam dah tak lama lagi dan ianya telah menghilangkan feel nak raya haha lol. Betul lah kan? Haishh knp tak buat exam before raya ja? Senang, aman, freedom! Hmm sebut pasal exam tetiba hilang habis semua idea. Kbye
"Syawal datang. Ramadhan pergi.
Setiap tahun pun sama. Datang dan pergi.
Typical manusia. Bila dah hilang, baru nak hargai.
Kita tak rasa seronoknya nak raya. Mungkin atas dua perkara.
Pertama, sebab umur makin meningkat dewasa.
Kedua. Sebab kita tak hayati maksud Ramadhan yang sebenar.
Rasulullah pernah bersabda, "Kegembiraan orang yang berpuasa tu ada dua. Satu, bila bertemu dengan Allah. Kedua, bila dia berbuka puasa dan juga menyambut raya." HR Tirmizi
Untuk Ramadhan kali ni, betul ke kita dah benar-benar kebali kepada fitrah?
Atau Syawal disambut hanya dengan baju dan seluar baru? Kasut dan kopiah atau songkok baru? Fesyen rambut baru?
Dapat makan macam-macam. Sedap. Tapi berbaloi ke kita raikan Syawal kita dengan riang gembira, bila puasa kita, yang kita dapat cuma lapar dan dahaga?"
#Some sources from Mato
RAMADHAN
Hi, Assalamualaikum :)
Semua sihat? Yeahh soalan yg senang untuk dijawab tapi kamu semua memang malas nak jawab xP. Hihi harini tetiba nak jadi prihatin sikit. Hm whatever lah. Sekarang kan dah masuk bulan Ramadhan? Bulan paling mulia, bulan semua umat Islam berpuasa. So mesti semua dah siapkan diri dari awal kan? Good :) 10/07/2013, tarikh hari ni lah. Hari pertama kita berpuasa. Yeayy tepuk tangan xD Bulan puasa mcm ni selalu dengar orang buat lawak hambar dekat sekolah, dekat TL and mcm2 lagi lah. Mesti ada orang yg akan cakap mcm ni dekat aku "Eh, esok petang datang lah rumah aku. Ada makan-makan sikit." "Aku buat kenduri esok. Ada macam-macam makanan, jangan lupa datang eh." "Esok aku nak bawak makanan apa eh datang sekolah?" Well actually aku sendiri pun taktau nak buat reaksi mcm mana. Lawak? HAHAHAHAHAHA sebenarnya tak lawak pun jemah :p Kalau ada orang gelak pun mungkin sebab nak jaga hati lol :p Hm tak perlu kot nak bergurau mcm tu. Kenapa? Sebab pertama, benda tu tak lawak. Second, aku menyampah dengar ayat tu. Third, buang masa. Fourth, again. Aku menyampah dengar ayat tu. Kalau mcm ni lah tiap-tiap tahun kan, aku boleh muntah pelangi sebab menyampah :p Okay dah puas melalut. Kepada sesiapa yg terasa tu, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung apa eh? Sambung sendiri :p Okay dah tengah happy ni kita cerita pasal raya nak? Haha lewls hope you don't mind sebab puasa pun baru sehari nak cerita pasal raya. Biar lah. Like I care? Wkwkwkwkw baju raya? Kamu semua dah beli? Aku awal-awal lagi dah beli. Hm tapi bukan aku yg beli, pilih pun bukan. Mama yg belikan. Mama beli dengan kakak hari tu. Tanpa pengetahuan pulak tu -.- Tengok-tengok dah ada. Tapi aku okay je, sebab baju tu colour purple. Weeeeeeeeee my cup of tea. Cantik sangat. Tu untuk raya pertama. Baju lain tak beli lagi. Boleh laa aku pilih sendiri nanti xD Baju raya kamu semua warna apa? Mesti cantik kan? Kalau warna purple boleh la kita high ten ! Haha okay that's all. Non-idea. Kbye.
HAVING A BESTFRIEND IS AWESOME ❤
Hi, Assalamualaikum.
Yeah we meet again lol. Hm actually i don't know how start. But let's just go straight to the point. Idea pun dah ada. baik tulis cepat. Sekejap lagi dah mula blur wkwkwk. Well there's like thousand thousand thousand thousand billion people in this world and i only have like 5 bestfriends hahaha x. No but seriously i'm happy with them. They're such the awesome and weirdest friends in the world. Haha you know, The weirdest people, are the best people. Selalu study sama-sama dgn mereka, memang faham 'sangat' kalau belajar sama-sama sebab mereka pandai hahaha. Eh betul tak tipu okay. Loving friends is the beginning of all knowledge :D They never stab me from the back and they knew how to be nice and understand my feelings even kadang-kadang aku sendiri tak faham perassan mereka. Haha aku kejam, okay takda lah kejam mana pun. Honestly, I really don't know what would i do without them. Aku dah takda idea ni so ni jelah yg aku mampu tulis lol. K bye.
TRIAL IS COMING
Hi and assalamualaikum.
Okay, i guess you already read the title right? So, this is what i'm gonna talking about. TRIAL. Next week kan trial UPSR. Hm actually tak sampai seminggu dah. Isnin ni dah start so cuma tinggal tiga hari ja lagi untuk nak buat revision, nak baca buku ka apa. Nak tau apa yg aku rasa? Well, agak nervous lah. Esok tuition Science, Sabtu tuition Math pulak. Dua dua subject tu aku lemah. Niat dalam hati memang dari dulu lagi nak buat study group yg memang betul punya study group. Yelah sebab selalunya kalau stayback kat rumah kawan or kat sekolah mesti tak dapat nak fokus dalam setiap subject. You know why? Gadget ! Hm haha memang salah kami sendiri sebab tak boleh kalau tak sentuh handphone, tab and lain-lain time study. Ceh boleh ja sebenarnya kalau tak sentuh benda yg diharamkan kat sekolah tu. Kalau ada orang cakap phone letak dalam beg, jangan bawak keluar then mesti ada yg akan cakap "Alaa lepak ah, nak dengar lagu ja." But at last bukan dengar lagu, on twitter, on facebook and blablablaa. Aku pun sama ja sebenarnya. Tak boleh lah nak salahkan orang lain. Tapi sekarang dah tak. Whuuu i need to stop everything for a good result. And yeah without phone and sosial web pun boleh study. Kan? Orang lain study tak dengar lagu pun. Aku ja yang melebih sebenarnya, Okay *tunduk* Hm tu ja lah nak bagitau. It's all my fault. Btw, wish me luck. And to all UPSR candidates, good luck ! May Allah help us in the exam :'D K bye.